Wednesday, 27 September 2017

Surat Sultan Aceh Abad 17 untuk King James of England


Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh Abad 17 Untuk King James of England



Transliterasi:

Sitemi yang maha mulia daripada paduka seri sultan al-muazzam wa-al-khaqan almukarram Taj al-Alam Safiat al-Din Syah berdaulat zill Allah fi al-‘alam yang di atas singgahasana takhta kerajaan negeri Aceh Dar al-Salam, ialah khalifat Tuhan seru alam sekalian yang zatnya upama matahari yang betuk pada ketika duha, lagi raja zill Allah yang sifatnya upama bulan purnama, ialah raja yang pilihan Allah Ta‘ala yang perangainya upama bintang thuraiya, ialah raja al-diraja anak cucu a(l)-Sultan Iskandar Zulkarnain, ialah khalifat Allah lagi raja yang menyatakan hikmat Allah yang ghaib, ialah raja yang melimpahkan syara‘ Allah, lagi yang men...kan segala yang musykil[?], ialah raja yang akalnya upama daerah yang buntar, lagi raja yang fikirnya upama laut yang dalam, ialah raja yang mengempukan makam yang awani dan hal yang a‘la, ialah raja yang nur...nya menilik kepada jamal Allah dan basarahnya69 menilik kepada jalal Allah, ialah raja yang menyeru segala hamba Allah kepada jalan Allah, dan ialah raja yang menilik kepada khalk Allah dengan tilik rahmat dan syafakat, lagi ialah raja yang menyatakan hikmat Allah dengan keramatnya, lagi raja yang menyatakan ‘adil Allah dengan siasatnya, ialah raja yang menyatakan takhalluq bi-akhlāq Allah, ialah raja yang menutup segala yang bercela lagi yang mengampun segala yang berdosa, dan ialah raja yang terdiri[?] [panja ...bung] segala hambanya, lagi raja yang sempurna bicaranya pada mengelenggarakan segala bala tentaranya, ialah raja yang gunawan pengasih lagi dermawan, ialah raja yang adil lagi fādil upama Sultan Ibn ‘Abd al-‘Aziz pada menyatakan adil Allah, lagi raja yang terlebih murah pada menyatakan karam Allah, lagi yang mengitarkan segala bau-bauwan kemurahannya pada segala tepi langit takhta kerajaan, ialah raja yang mengempukan kelian mas kudrati yang merah mutunya, lagi yang mengempukan masjid suasa yang diperbuat daripada raja mas kudrati, dan ialah 6  raja yang karunia Allah Ta‘ala mengempukan gajah yang putih matanya cemerlang seperti bintang timur, dan gajah bergading empat, dan gajah merah, dan gajah borek, dan gajah sauk, dan gajah bangkun berkenah[?], dan gajah khunthā, ialah raja yang karunia Allah Ta‘ala mengempukan gajah berpakaian mas belazuardi yang ma... dan beratus gajah peperangan, ialah raja yang karunia Allah Ta‘ala mengempukan kuda berpakaian mas bepermata belazuardi dan beratus2 kuda tizi peperangan yang seru jenis daripada jenis Arabi dan Rumi dan Turki dan Kuci dan Lahur dan Abaya dan Tongkin dan Gudh, dan ialah raja yang mengempukan kerajaan barat dan timur, lagi raja yang menyatakan kenyataan seru bagi ‘azmat 70 , dan karunia Allah Ta‘ala dalam takhta kerajaan negeri Aceh Dar al-Salam, datang kepada Sultan Karulus Sikundus yang kerajaan dalam negeri Inggeris yang makmur, ialah sultan yang perkasa lagi bijaksana lagi yang mengempukan negeri Britan Besar dan negeri Ingglan dan negeri Sekotlan dan negeri Feransia dan negeri Irlan. Adapun barang tahu Sultan Karulus Sikundus maka tatkala terdengarlah kepada sam‘ 71 cermin kalbu kita akan khabar Sultan Karulus Sikundus sudah menyunjung anugerah Tuhan seru alam sekalian mengantikan 72 takhta kerajaan ayahanda dan menyunjung makota yang turun temurun daripada silsilah raja yang tua2 itu, maka terlalulah kesukaan kita, lalu berkehendaklah kita menyuruh mengantatkan73 sitemi kita yang maha mulia ini kepada guburnur kompeni yang besar, supaya disampaikan oleh guburnur kompeni kepada Sultan Karulus Sikundus kitabat kita yang mulia serta bingkis yang tuhfat2, akan menagihkan segala perjanjian anak Aceh Dar al-Salam dengan anak Inggeris seperti zaman yang dahulu kala pada masa paduka marhum Makota Alam yang dimuliakan Tuhan seru alam sekalian. Maka jangan kiranya berputusan kapal dari negeri Inggeris yang makmur itu ke bandar Aceh Dar al-Salam yang mulia, supaya berkekalanlah kasih kedua buah negeri itu seperti adatnya yang dahulu kala. Sebermula Andrik Kehari yang telah {dalam} dalam bandar kita dulapan belas bulan lamanya ialah kita kurniai berusaha gudang dalam bandar kita, dan beberapa daripada rakyat Sultan Karulus Sikundus itu kita kurniai beniaga ia dalam bandar Aceh Dar al-Salam. Dan lagi pula kita kurniai pada tiap2 tahun tiga buah kapal anak Inggeris mengu... dan Sulibar74[?]. Maka yang kehendak kita akan anak Inggeris beniaga dalam segala negeri yang takluk ke bawah duli kita, maka ditahaninya oleh Wolanda yang celaka itu, sebab itulah maka tiadalah beroleh anak Inggeris beniaga dalam segala negeri itu. Maka hendaklah sangat2 bicara Sultan Karulus Sikundus akan ihwal yang demikian itu, supaya jangan kesakitan atas segala anak Inggeris yang beniaga itu. Lagi pula barang beroleh anak Inggeris beniaga dalam segala negeri itu karena si celaka itu sangat makar dan pencurian sehingga anak Inggeris pun kesukaran karenanya. Maka dari karena inilah kita memberi khabar dengan kitabat yang ikhlas ini kepada Sultan Karulus Sikundus. Bahwa hadiah kita akan Sultan Sikendus khalambak beratnya empat tahil tujuh dinar75, dan gaharu beratnya sekati dua belas tahil tiga dinar, dan ‘anbar beratnya empat belas dinar, dan geliga landak satu beratnya sepuluh dinar, dan peti Jipun berperawis76 gewang77 dan bermelamang78 panjangnya tiga jengkal sebuah, iaitu akan tanda tulus dan ikhlas jua adanya, tamat al-khayr.

No comments:

Post a Comment